Saturday, 13 July 2013

Siapa Kata Gulai Udang Untuk Mak Mak je

Harini teringin nak makan gulai mak masak. Tapi tak dapat balik kg lagi sob sob sob okay takpe meh kita buat sendiri. Dia ada banyak version tapi as a single mother saya masak pakai ramuan paling basic je. Untuk perut sendiri kan hahaha

So bahan dia cuma udang(atau ayam atau ikan suka hati la.Tapi kalau ikan kena goreng dulu rasanya), cili api dan santan kotak. Haaa 3 simple ingredients je kan.

Tumbuk cili sampai biji dia lumat, lepastu tuang santai cair dengan cili tadi dalam kuali. Letak terus kunyit and garam sikit. Bukak api kecik je. Bila dah mendidih, masukkan binatang kesayangan harharhar. Kacau kacau kacau bila binatang dah masak, tuang santan versi pekat pulak. Kacau lagi sampai dah pekat. Siapp!

Sunday, 30 June 2013

Jom Buat Sambal

Sambal Kicap
Dulu dekat tepi rumah ada 2 batang pokok sukun. So memang muai makan sukun goreng mahupun kerepek sukun. Aaahh rindunya sukun mana nak cari sukun *okay tetiba. Lepastu kalau pepetang babun dalam perut mintak makan kan. So ai pun merengek lah dekat mak mintak gorengkan sukun. Tapi mak bagi syarat. Kalau nak dia gorengkan sukun ai kena buat sambal kicap. macam mana nak buat? Ai kecik lagi masatu tapi demi sukun goreng ku gagahkan jua harharhar

Lepastu mak pun ajar lah step by step. Ai duduk je pegang lesung batu, mak amekkan semua bahan. Padahal boleh je kan mak nak buat sendiri. Tu tektik baliau nak ajar aku buat sambal lettew. Ehhh panjang pulak cerita. Okay jomm belajar

Ai duduk tu mak letak 3 ulas bawang putih, 7 8 biji cili api, gula and kicap. Lepastu mak cakap, 'tu lepas kupas bawang tu tumbuk lah dgn cili' ai pun tumbuk lah sampai lumat. Daha siap tumbuk tu mak masukkan 1 sudu gula dalam lesung batu. Mak suruh tumbuk lagi. Dah siap tumbuk mak keluarkan dari lesung batu, dia gaul dengan kicap. Lepas tu tadaaaa dah siap


Sambal untuk cicah ikan caru
Yang ni pongg mak ajar. Cara dan bahan dia sama je dengan sambal kicap cuma dia tak letak kicap. Dia letak asam keping dan sedikit garam dan air. Lepastu nanti dia ada rasa pedas manis masin masam perghhh kbye

Sambal Belacan
Abah kalau ai balik cuti nanti dia suka bagi hint suruh buat sambal belacan. Contoh ayat dia 'Sedap lah lauk harini, tapi kalau ada sambal belacan mesti lagi sedap kan' Comel betul main bagi bagi hint

Buat sambal belacan biasanya orang goreng dulu bahan bahan. Kalau sambal kicap guna bawang putih sahaja, sambal belacan guna bawang merah sahaja, dan cili, ikan bilis 4 5 ekor kalau nak dan belacan lah. (nak goreng cili tu kalau boleh potong dua dulu nak elak dia meletup dalam kuali, tak cantik kulit nanti hikhik)

Dah siap goreng boleh lah ditumbuk. Kalau suka masam perah lah sikit limau kasturi.

Sambal untuk nasi ayam
Tumbuk dulu bawang putih bawang merah cili api 4 5 bijik. Lepastu tumis, tumis sekali gili giling sikit, tambah air, bila dah mendidih letak gula sikit, sos sikit. Done!



Sunday, 2 June 2013

Mee kungfu (ada gambar pulak)

Hihi semangat masuk dapur bawak phone tak canggih yang amik gambar berbunyik tu. Resepi ni dah post dah dulu tapi kali nak nak mengada post lagi. Bahan bahan semua dah tulis dekat entry before ni



Goreng mee yang dah dibancur dengan telur dan garam

*ai suka guna kuew tiaw sebab macam lagi sesuai untuk kungfu. yang ni buruk sebab kedekut telur hahahaha
Potong sayur, ketuk cili n garlic, bancur air tepung
jagung, cairkan kiub ayam











*senang bila dah prepare bahan cenggini. nanti tinggal campak campak je dalam kuali tu haaa





Lepas tumis garlic and cili, masuk semua sayur dan binatang
kegemaran










*kalau perasan udang tu dah goreng. hahaha patutnya guna yang mentah lagi sedap















Masukkan stok ayam dan air tepung. Kacau sampai
kuah jadi pekat














Tuang kuah atas mee


*end product yaww. ni makan first round. boleh 3 round ni kahkah

Kek Batik

Kali ni nak share yang bergambar pulak sebab senang nak follow(padahal ramai je reti buat kakaka biarlah). Mula mula kita cakap pasal bahan bahan dulu lah. Kek ni cuma perlukan Biskut Marie, Butter, Milo, Susu cair dan serbuk koko(takde pun takpe). Ada orang letak telur tapi yang ni malas nak letak telur kekonon nak bagi tahan lama hehehe

So bila semua bahan dah ready, boleh lah mula buat




Cairkan butter
*disebabkan buat untuk sorang makan je, ai guna 1/4 butter je















Masukkan susu cair dan milo
*susu cair tu lebih kurang 8 sudu. Yang ni nampak cair sangat sebab saya guna air milo kotak instead of serbuk milo haha pun bolehhh











Karate biskut marie kepada 4 bahagian

Bila dah pekat likat, masukkan biskut dan gaul














Dah sebati and sejuk sikit, masuk dalam bekas dan mampatkan
  baby ni

*nampak huduh gila end product dia. hahaha biarlah yang penting sedap kbye














Okay dah siap. Kalau nak sedap masuk dalam fridge makan sesejuk *pergi dapur bukak fridge* hihi

Saturday, 18 May 2013

Cocktail

Nak gak post cemana nak buat cocktail sebab haritu sy pun google cemana nak buat. Noob hahaha rupanya senang je. Cuma beli buah buahan dalam tin tu, buat air susu cair, campur  sekali. Tapi tak elok sebenarnya makan cocktail sebab campurkan buah dengan susu. Boleh sakit perut. kbye

Fast food Cap (nama sendiri)

Sebelum tu meh nak bagi tengok gambar fast food cap Bibi ekeke
Tadaa fast food cap Bibi ekeke



Tade apa pun dalam dish ni. Kentang putar tu dah ada dalam entry lepas. Kentang tu tinggal goreng je. Ayam pun sama. Cuma dia goreng tepung. Lepastu sayur. Bahan sayur tu cuma carrot, kubis, mayonis, garam and olive oil (takde pun takpe)
Carrot and kubis tu potong dadu kecik kecik. Gaul dengan mayonis, garam dan olive oil.
lepastu boleh lah budget budget ada fast food di rumah aherher

Dadih hostel

Haha cemana nak buat dadih pun nak post dekat sini. Padahal ada je instruction belakang pek dadih tu. Just nak bagitau duduk hostal yang takde dapur pun boleh buat dadih ni.

Bahan bahan
Pek dadih perasa idaman kalbu
Susu cair

Cara
Panaskan air dalam heater
Tuang air dalam mangkuk
Kacau dengan serbuk dadih dan susu cair ikut sukatan dekat belakang bungkusan dadih tu

hahahahaha post ni takde pun takpe