Saturday, 13 July 2013

Siapa Kata Gulai Udang Untuk Mak Mak je

Harini teringin nak makan gulai mak masak. Tapi tak dapat balik kg lagi sob sob sob okay takpe meh kita buat sendiri. Dia ada banyak version tapi as a single mother saya masak pakai ramuan paling basic je. Untuk perut sendiri kan hahaha

So bahan dia cuma udang(atau ayam atau ikan suka hati la.Tapi kalau ikan kena goreng dulu rasanya), cili api dan santan kotak. Haaa 3 simple ingredients je kan.

Tumbuk cili sampai biji dia lumat, lepastu tuang santai cair dengan cili tadi dalam kuali. Letak terus kunyit and garam sikit. Bukak api kecik je. Bila dah mendidih, masukkan binatang kesayangan harharhar. Kacau kacau kacau bila binatang dah masak, tuang santan versi pekat pulak. Kacau lagi sampai dah pekat. Siapp!

Sunday, 30 June 2013

Jom Buat Sambal

Sambal Kicap
Dulu dekat tepi rumah ada 2 batang pokok sukun. So memang muai makan sukun goreng mahupun kerepek sukun. Aaahh rindunya sukun mana nak cari sukun *okay tetiba. Lepastu kalau pepetang babun dalam perut mintak makan kan. So ai pun merengek lah dekat mak mintak gorengkan sukun. Tapi mak bagi syarat. Kalau nak dia gorengkan sukun ai kena buat sambal kicap. macam mana nak buat? Ai kecik lagi masatu tapi demi sukun goreng ku gagahkan jua harharhar

Lepastu mak pun ajar lah step by step. Ai duduk je pegang lesung batu, mak amekkan semua bahan. Padahal boleh je kan mak nak buat sendiri. Tu tektik baliau nak ajar aku buat sambal lettew. Ehhh panjang pulak cerita. Okay jomm belajar

Ai duduk tu mak letak 3 ulas bawang putih, 7 8 biji cili api, gula and kicap. Lepastu mak cakap, 'tu lepas kupas bawang tu tumbuk lah dgn cili' ai pun tumbuk lah sampai lumat. Daha siap tumbuk tu mak masukkan 1 sudu gula dalam lesung batu. Mak suruh tumbuk lagi. Dah siap tumbuk mak keluarkan dari lesung batu, dia gaul dengan kicap. Lepas tu tadaaaa dah siap


Sambal untuk cicah ikan caru
Yang ni pongg mak ajar. Cara dan bahan dia sama je dengan sambal kicap cuma dia tak letak kicap. Dia letak asam keping dan sedikit garam dan air. Lepastu nanti dia ada rasa pedas manis masin masam perghhh kbye

Sambal Belacan
Abah kalau ai balik cuti nanti dia suka bagi hint suruh buat sambal belacan. Contoh ayat dia 'Sedap lah lauk harini, tapi kalau ada sambal belacan mesti lagi sedap kan' Comel betul main bagi bagi hint

Buat sambal belacan biasanya orang goreng dulu bahan bahan. Kalau sambal kicap guna bawang putih sahaja, sambal belacan guna bawang merah sahaja, dan cili, ikan bilis 4 5 ekor kalau nak dan belacan lah. (nak goreng cili tu kalau boleh potong dua dulu nak elak dia meletup dalam kuali, tak cantik kulit nanti hikhik)

Dah siap goreng boleh lah ditumbuk. Kalau suka masam perah lah sikit limau kasturi.

Sambal untuk nasi ayam
Tumbuk dulu bawang putih bawang merah cili api 4 5 bijik. Lepastu tumis, tumis sekali gili giling sikit, tambah air, bila dah mendidih letak gula sikit, sos sikit. Done!



Sunday, 2 June 2013

Mee kungfu (ada gambar pulak)

Hihi semangat masuk dapur bawak phone tak canggih yang amik gambar berbunyik tu. Resepi ni dah post dah dulu tapi kali nak nak mengada post lagi. Bahan bahan semua dah tulis dekat entry before ni



Goreng mee yang dah dibancur dengan telur dan garam

*ai suka guna kuew tiaw sebab macam lagi sesuai untuk kungfu. yang ni buruk sebab kedekut telur hahahaha
Potong sayur, ketuk cili n garlic, bancur air tepung
jagung, cairkan kiub ayam











*senang bila dah prepare bahan cenggini. nanti tinggal campak campak je dalam kuali tu haaa





Lepas tumis garlic and cili, masuk semua sayur dan binatang
kegemaran










*kalau perasan udang tu dah goreng. hahaha patutnya guna yang mentah lagi sedap















Masukkan stok ayam dan air tepung. Kacau sampai
kuah jadi pekat














Tuang kuah atas mee


*end product yaww. ni makan first round. boleh 3 round ni kahkah

Kek Batik

Kali ni nak share yang bergambar pulak sebab senang nak follow(padahal ramai je reti buat kakaka biarlah). Mula mula kita cakap pasal bahan bahan dulu lah. Kek ni cuma perlukan Biskut Marie, Butter, Milo, Susu cair dan serbuk koko(takde pun takpe). Ada orang letak telur tapi yang ni malas nak letak telur kekonon nak bagi tahan lama hehehe

So bila semua bahan dah ready, boleh lah mula buat




Cairkan butter
*disebabkan buat untuk sorang makan je, ai guna 1/4 butter je















Masukkan susu cair dan milo
*susu cair tu lebih kurang 8 sudu. Yang ni nampak cair sangat sebab saya guna air milo kotak instead of serbuk milo haha pun bolehhh











Karate biskut marie kepada 4 bahagian

Bila dah pekat likat, masukkan biskut dan gaul














Dah sebati and sejuk sikit, masuk dalam bekas dan mampatkan
  baby ni

*nampak huduh gila end product dia. hahaha biarlah yang penting sedap kbye














Okay dah siap. Kalau nak sedap masuk dalam fridge makan sesejuk *pergi dapur bukak fridge* hihi

Saturday, 18 May 2013

Cocktail

Nak gak post cemana nak buat cocktail sebab haritu sy pun google cemana nak buat. Noob hahaha rupanya senang je. Cuma beli buah buahan dalam tin tu, buat air susu cair, campur  sekali. Tapi tak elok sebenarnya makan cocktail sebab campurkan buah dengan susu. Boleh sakit perut. kbye

Fast food Cap (nama sendiri)

Sebelum tu meh nak bagi tengok gambar fast food cap Bibi ekeke
Tadaa fast food cap Bibi ekeke



Tade apa pun dalam dish ni. Kentang putar tu dah ada dalam entry lepas. Kentang tu tinggal goreng je. Ayam pun sama. Cuma dia goreng tepung. Lepastu sayur. Bahan sayur tu cuma carrot, kubis, mayonis, garam and olive oil (takde pun takpe)
Carrot and kubis tu potong dadu kecik kecik. Gaul dengan mayonis, garam dan olive oil.
lepastu boleh lah budget budget ada fast food di rumah aherher

Dadih hostel

Haha cemana nak buat dadih pun nak post dekat sini. Padahal ada je instruction belakang pek dadih tu. Just nak bagitau duduk hostal yang takde dapur pun boleh buat dadih ni.

Bahan bahan
Pek dadih perasa idaman kalbu
Susu cair

Cara
Panaskan air dalam heater
Tuang air dalam mangkuk
Kacau dengan serbuk dadih dan susu cair ikut sukatan dekat belakang bungkusan dadih tu

hahahahaha post ni takde pun takpe

Donat

Okay asyik buat lauk je meh kita buat kuih pulak. Donat ni takde nama fancy sebab dia low profile je lol

Bahan bahan
Tepung gandum
Butter
Serbuk penaik
Susu tepung(takde pun takpe)
Gula
Garam

Cara buat
Bancur serbuk penaik dengan air suam
Gaul air tu dengan tepung, gula, garam, butter dan susu tepung.
Biarkan dalam half an hour
Bila dah naik baru bentunk dia macam donat tu
Goreng
Tabur gula

Eh senangnyaaa hihi

Ketam Butter Ibu Mertua

Baca tajuk pun rasa mcam nak lempang kan. Eh janganlah ihiks. Nak ajar cara basuh ketam tapi susah pulak kalau without picture. Penting untuk tahu macam mana nak basuh ketam dengan betul nak elak mabuk bila makan. Kalau basuh bersih, makan banyak macam mana pun biasanya tak mabuk kecuali kalau memang ada alahan. Ask your mum, she knows best. Hee jom usha gambar sebelum usha resepi

Ketam ni dah selamat dalam perut Tutu 


Bahan bahan
Ketam potong dua
Butter
Susu cair
Cili api racik
Bawang putih bawang merah racik

Cara masak
Goreng Ketam sampai tukar kaler sikit. Takyah goreng lama macam goreng ayam pun. rasanya 5 minit dah cukup
Dalam kuali lain, cairkan butter.
Tumis bawang putih bawang merah cili api
Bila dah naik bau, masukkan susu cair. Agak agak lah kalau taknak pekat sangat letak air sikit. Garam sikit
Lepastu masukkan ketam.
Dah siappppp

Saturday, 11 May 2013

Kuew Tiaw/Mee Gemok/Mee Kurus Kungfu

Haa saya suka order ni kalau dekat warung warung biasa. Sedap tapi kalau makan hari hari muak jugak lah. Masak ni sekejap and senang sangat. Lepas dah tau cemana nak buat, pergi warung dah tak order lagi sebab tau boleh buat sendiri jeee

Bahan bahan
Kuew Tiaw/Mee Gemok/Mee Kurus
Telur
Stok ayam
Tepung jagung
Sayur sayuran(lobak, baby corn, bunya kubis, brokoli) *letak mana yang ada dalam fridge je
Bawang putih dan cili api diketuk sikit
Black pepper
Sos tiram
Garam
*kalau perasan bahan bahan dia lebih kurang je dengan Kentang Putar dekat entry before ni

Cara cara buat kuah
Tumis bawang putih, masuk segala sayur sayuran dan cili api
Masukkan stok ayam dan air tepung jagung
Bila dan mendidih masuk lah black pepper, sos tiram and garam

Cara cara goreng mee
Kacau mee dengan telur and garam
Goreng

Kentang Putar Belit

Kali ni mari belajar buat kentang putar pulak. Tapi nak buat benda alah ni agak leceh sikit sebab kena tunggu lama untuk kentang tu lembut. Kalau dah menderita kelaparan dinasihatkan jangan buat ni. Meninggal kebuluran nanti hee
Kalau nak version Instagram, cedok lah sesudu kentang lumur
 kuah atas dia. Baru cantik  hee


Bahan bahan
Kentang
Butter
Stok ayam
Saderi(takde pun takpe)
Sos tiram(takde pun takpe)
Tepung gandum
Black pepper 
Garam

Cara cara
Potong kentang kecik kecik dan rebus (kalau tak nanti lagi lama nak tunggu kentang tu lembut)
Sambil tunggu kentang lembut, cairkan butter dalam kuali
Masukkan stok ayam dan bancuhan tepung gandum
Tambah saderi yang dah potong kecik kecik, black pepper, sos tiram and garam kalau belum masin
Bila kentang dah lembut, lenyek sampai lumat. Kalau ada pengisar dia lagi bagus
Dah boleh hidanggggg

Monday, 6 May 2013

Cekodok nasi leftover

Haa yang ni paling sesuai nak buat bila dah lapar gilaa (selalu rasa) tapi lauk dah habis yang tinggal nasi je. Jangan risau, Mrs Muscle datang membantu lol. Selain dari buat nasi goreng untuk nasi leftover tu, moh buat cekodok.

Bahan bahan
Nasi
Ikan bilis
Bawang putih and merah (takde pun takpe)
Tepung
Air

Cara
Blend semua bahan di atas. Panaskan minyak. Goreng seketoi seketoi. Makan.

Laksa Pemalas Sedunia

Referring to nama masakan, ini memamg sesuai untuk orang pemalas (pandang cermin). Ikan guna untuk laksa ni bukan ikan kembung atau apa apa ikan dekat pasar tu. Guna ikan sadin je. Nama pun pemalas so tak payah basuh, siang, rebus mahupun asingkan isi dan tulang like a normal laksa (laksa ni abnormal aherher)

Bahan bahan kuah laksa
1 tin sardin
Cili kering blend
2 keping asam jawa
Beberapa helai daun kesum
Garam

Cara masak kuah
Blend ikan sardin. Campur semua bahan dengan air. Tapi daun kesum tu masukkan lambat sikit takut tak rupa daun nanti bila masak lelama. Bila dah mendidih, boleh tutup api.

Bahan sampingan
Timun
Bawang besar
Cili Besar

Serve lah bersama mee laksa. Rasa dia lebih kurang je dengan normal laksa hihi

Nasi Lemak Student

First time masak haritu untuk 9 orang pergi berkelah

Bahan bahan nasi
5 pot beras
2 kotak santan
Sepotong halia
4-5 helai daun pandan

Cara masak nasi
Basuh beras, bancur santan dengan air, potong halia kecil-kecil.
Masukkan air santan dalam beras yang telah dibasuh dan sukat macam biasa. Masukkan sekali halia dan daun pandan.
Tekan suis rice cooker. :)

Bahan bahan sambal
2 biji bawang besar dihiris
Bawang putih dan merah di blend
Cili kering di blend
Ikan bilis digoreng
Asam jawa
Garam
Gula

Cara masak sambal
Goreng ikan bilis dan hirisan bawang besar sampai separuh masak (jangan sampai masak sangat)
Tumis bawang merah bawang putih sampai naik bau. Masukkan cili kering.(api steady kecil je bagi cili masak betul)
                              *buat lah apa apa sambil tu*
Masukkan ikan bilis dan bawang besar yang dah separuh goreng tadi
Masukkan air asam jawa, garam dan gula( masuk ikut sedap rasa)
*masak lagi lama lagi sedap sebab cili tu masak betul. last time masak lebih kurang 2 jam

Bahan bahan sampingan
Telur rebus/goreng
Timun
ikan bilis & kacang goreng

Bila dah siap boleh serve

Post Sulung yang Jakun

Hai readers. Since this is my first post, I would like to describe a bit bout myself and this entire blog (ececehhh) I am an accountancy student, now struggling to complete my degree, going to marry soon , a daughter of amazing parents. Basically, blog ni dibuat untuk share resepi yang simple dan mudah untuk disediakan (dan menyengangkan) dengan cara yang as simple as possible. As you can read, I mix kan BM dan BI supaya lebih mesra pengguna hendaknya. Kbye