Sunday, 30 June 2013

Jom Buat Sambal

Sambal Kicap
Dulu dekat tepi rumah ada 2 batang pokok sukun. So memang muai makan sukun goreng mahupun kerepek sukun. Aaahh rindunya sukun mana nak cari sukun *okay tetiba. Lepastu kalau pepetang babun dalam perut mintak makan kan. So ai pun merengek lah dekat mak mintak gorengkan sukun. Tapi mak bagi syarat. Kalau nak dia gorengkan sukun ai kena buat sambal kicap. macam mana nak buat? Ai kecik lagi masatu tapi demi sukun goreng ku gagahkan jua harharhar

Lepastu mak pun ajar lah step by step. Ai duduk je pegang lesung batu, mak amekkan semua bahan. Padahal boleh je kan mak nak buat sendiri. Tu tektik baliau nak ajar aku buat sambal lettew. Ehhh panjang pulak cerita. Okay jomm belajar

Ai duduk tu mak letak 3 ulas bawang putih, 7 8 biji cili api, gula and kicap. Lepastu mak cakap, 'tu lepas kupas bawang tu tumbuk lah dgn cili' ai pun tumbuk lah sampai lumat. Daha siap tumbuk tu mak masukkan 1 sudu gula dalam lesung batu. Mak suruh tumbuk lagi. Dah siap tumbuk mak keluarkan dari lesung batu, dia gaul dengan kicap. Lepas tu tadaaaa dah siap


Sambal untuk cicah ikan caru
Yang ni pongg mak ajar. Cara dan bahan dia sama je dengan sambal kicap cuma dia tak letak kicap. Dia letak asam keping dan sedikit garam dan air. Lepastu nanti dia ada rasa pedas manis masin masam perghhh kbye

Sambal Belacan
Abah kalau ai balik cuti nanti dia suka bagi hint suruh buat sambal belacan. Contoh ayat dia 'Sedap lah lauk harini, tapi kalau ada sambal belacan mesti lagi sedap kan' Comel betul main bagi bagi hint

Buat sambal belacan biasanya orang goreng dulu bahan bahan. Kalau sambal kicap guna bawang putih sahaja, sambal belacan guna bawang merah sahaja, dan cili, ikan bilis 4 5 ekor kalau nak dan belacan lah. (nak goreng cili tu kalau boleh potong dua dulu nak elak dia meletup dalam kuali, tak cantik kulit nanti hikhik)

Dah siap goreng boleh lah ditumbuk. Kalau suka masam perah lah sikit limau kasturi.

Sambal untuk nasi ayam
Tumbuk dulu bawang putih bawang merah cili api 4 5 bijik. Lepastu tumis, tumis sekali gili giling sikit, tambah air, bila dah mendidih letak gula sikit, sos sikit. Done!



No comments:

Post a Comment